Kebaikan Facebook

   Laman sosial Facebook amatlah terkenal dan ramai golongan remaja yang mempunyai Facebook. Sehingga sekarang, Facebook sudah menjadi sesuatu yang sangat digilai ramai oleh remaja. Terdapat beberapa kebaikan Facebook kepada remaja. 

   Facebook boleh dijadikan sebagai tempat untuk bertukar-tukar maklumat dan pandangan.Banyak maklumat yang dapat kita ketahui tanpa sebarang halangan. 

   Kita juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan melalui Facebook .Selain itu, kita boleh mendapat pelbagai info terkini dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. 

  Kita juga boleh menghantar pesanan melalui e-mel yang disediakan. Oleh itu, kita tidak perlu lagi menghantar pesanan melalui surat .Dengan itu, kita dapat menjimatkan masa kita kerana masa itu emas. 

  Kesimpulannya, Facebook mempunyai pelbagai faedahnya. Facebook juga dapat memudahkan urusan kita dengan cepat. Walau bagaimanapun, perlulah bijak menggunakan Facebook agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.