Kesan-kesan Buruk Penggunaan Internet kepada Remaja Hari Ini

          Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini, Internet merupakan saluran utama untuk mendapatkan sebarang maklumat secara cepat dan mudah. Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang boleh diperoleh melalui komputer. Kempen kerajaan "satu rumah, satu komputer" adalah sejajar dengan perkembangan teknologi masa ini. Namun, di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada internet, terdapat kesan buruk yang timbul tanpa dapat disangkal lagi.
          Di sebalik kecanggihan Internet, selaras perkembangan semasa namun terselit racun yang berbisa. Sesungguhnya Internet mampu meracuni pemikiran remaja masa kini. Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana Internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Implikasi kepada situasi ini ialah peningkatan kadar jenayah seperti kes rogol dan kes cabul kematian.
          Selain itu, Internet juga dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata. Masa yang patut diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajarang terbuang begitu sahaja. Kesannyan, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik.
Penggunaan Internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.
          Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, timbul juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti melepak atau gangsterism. Selain itu, remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperoleh daripada Barat.
          Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa melayarilaman web di Internet. Kerjesama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan Internet tidak ditutupi oleh keburukan Internet tersebut.